Isnin, 10 Januari 2011

heppy now!

~syg awk~



thanks 4 sume kwn2 yg sudi bantu sy tok dpt kan ATHIRAH MUZANI.!
sham,yani,silah and ama!..:)

Isnin, 6 Disember 2010

Tolong Sampaikan Pada Si Dia :)

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya. Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa. Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa. Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga. Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupanya. Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya. Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya.

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa. Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta. Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya.

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya. Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia. Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku.

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga. Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya. Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa. Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.

Hanya engkau Ya Allah yang mengetahui siapa si dia. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa, memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya. Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti.

Ahad, 5 Disember 2010

heppy!!

yeahh!thanks angah sbb bwk jenjalan,klau angah x bawak semalam mmg smpai bile2 la aku x jumpa dia..
hehehe..akhirnye tercapai gak impian nak jumpa dgn dia.mula mula dup dap dup dap jugak jantung aku ni..
mcm nak tekuar dah jantung ni aku rasa..ye la aku ni kan pemalu sikit.hehe..
bile sampai je depan umah dia.tgok dia keluar ati aku dah x betul siap angah ckp wat relax je..
wat mcm kwn2 biasa.sepanjang jalan ke ma`atom aku diam je.x taw nak ckp pe.hanya mampu tergelak sbb yani wat lawak..
smpai dekat ma`atom aku nak je bual2 ngn dia..tapi aku segan.aku ddk je temenung..sbb angah msok kete..
akhirnya dia dtg bersembang ngn aku..segan gak aku mula2.x taw nak bual ape..ape la aku ni x gentle langsung.pompuan yg dtg..
haha..ape ape pon aku rase gembira sgt sbb dpt berjumpa and sembang ngn dia..setelah lama ku menunggu..^_^ (alhamdulilah)

Jumaat, 3 Disember 2010

Barry Manilow-Can't smile without you (lyrics)

You know I Can't Smile Without You,
I Can't Smile Without You,
I can't laugh
and I can't sing,
I'm findin' it hard to do anything.
You see, I feel sad when you're sad,
I feel glad when you're glad,
If You only knew what I'm go ing through,
I just Can't Smile Without You.
You came along just like a song
and brightened my day,
Who'd've believe that you were part of a dream
Now it all seems light years away.
And now you know I Can't Smile WIthout You,
I Can't Smile Without You,
I can't laugh and I can't sing,
I'm finding it hard to do anything.
You see, I feel sad when you're sad,
I feel glad when you're glad,
If you only knew what I"m going through,
I just can't smile.
Now some people sa y happiness takes so very long to find.
Well I'm finding it hard leaving your love behind me.
And you see,
I Can't Smile Without You,
I Can't Smile Without You,
I can't laugh
and I can't sing,
I'm findin' it hard to do anything.
Y ou see, I feel sad when you're sad,
I feel glad when you're glad,
If You only knew what I'm going through,
I just Can't Smile Without You

Khamis, 2 Disember 2010

saya tetap sayang awk

~saya tetap sayang awk~

Tapi..
tu semua dulu masa awk masih sayang saya,sebelom kita bergaduh,sebelom kita putus..
semua serba tak kena..maafkan saya awk..saya bukan terbaik untuk awk..
saya ada dengar awk dah kapel tapi dengan siapa awk??kawan saya??hati saya kecewa awk..
setiap hari saya sedih..awk tahu apa yang saya rasa??saya rasa seperti awk buang hati yang telah saya berikan pada awk..
kenapa awk??kenapa??saya sedih awk..tiap hari saya menangis awk..betul ke awk dah x sayang kan saya??tiap hari saya memikirkan awk,
merindukan awk..awk rasa tak??kenapa awk??saya selalu termimpikan awk??saya harap sangat semua mimpi tu benar..
tapi awk x kisah pon..sebab awk dah bahagia dengan si dia..xpa la awk..saya harap awk bahagia..kenapa awk??kenapa??
hati saya hanya untuk awk..awk pernah janji awk tak akan pernah jauh dari saya..tapi hakikatnya awk semakin hari semakin jauh dari saya..
xpe la awk..biar la saya sendirian..yang penting awk bahagia..hati saya x penting..awk jangan risau tau..
setiap hari saya menatap gambar yang pernah awk berikan pada saya..saya hanya tersenyum..dan terus air mata saya mengalir..kenapa awk buat saya macam ni??
maaf saya terpaksa tipu awk..maafkan saya awk..saya dah tak tahan..biarlah saya pergi..awk jangan nangis tau sebab saya x nak setitik pon air mata awk menitis sebab saya..
sebab saya dah janji pada diri saya x kan buat awk nangis lagi..saya pergi dulu awk..
harap awk bahagia..saya hanya mampu melihat kebahagian awk dan si dia..sebab saya jauh..jauh sangat..saya terkenangkan kenangan kita..awk ingat x??awk pernah ucap terima kasih sebab bahagiakan awk..
awk ingat lg??tapi sekarang saya tak mampu lagi..awk dah ada si dia..saya hanya menumpang kasih dari jauh..saya keseorangan..takda cinta..
takda kasih sayang..yang paling saya sedih takda awk..hanya awk yang selalu gembirakan hati saya..kenangan-kenangan kita buat saya nak menjerit..tapi tiada siapa yang mendengar..
`SAYA CINTA KAN AWK`..terima kasih awk kerana menceriakan hari hari saya dan pernah membuatkan saya bahagia disamping awk..maafkan saya awk..sebab saya bukan terbaik untuk awk..
saya tetp sayang awk..

Rabu, 1 Disember 2010

ketika mengalami kebosanan!


assalamualaikom.. tajuk entry aku kali ni ialah 5 aktiviti aku jika bosan.
kalau anda semua nak tahu silalah klik pada tajuk entry ini..hehe..

Antara aktiviti yang sering aku laku kan ketika bosan ialah:-

1.melepak bersama robot kesayangan..


i-main game..(poker 4 live)haha



ii-bukak facebook..



iii-baca surat kaba..



iv-usha goal..



2.main guitar..



hahaha..korg taw x code ape ni??aku klo main bende ni main tekan2 je..
xpandai aku nak ingat code2 die..klau korang nak join skali datang la sini..


3.main bola..




ni la wajah2 pasukan paling ganas.haha

4.pool!



5.Wat keje skola..



jgn tengok lelama tulisan comey ni..
kang jatuh cinta plk.hahahaha


itu saja aktiviti2 aku di mesir ni ketika bosan!..So apakah aktiviti bila kebosanan menghantuai diri anda???

Hargailah Insan Yang Mencintai Kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

3]Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

4] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

5] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

6] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

7] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

8] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

9] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

10] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

11] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

12] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

13] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, namun dekat di hati?’

14] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

15] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

16] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

17] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

18] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

19] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

20] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

21] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya!