Sabtu, 13 Jun 2009

CaTo!!

nama sebenar dia ialah Aishahtur Raadhiyah bt Hj Azman Shah..tapi aku pggil cato je..bapak die lak jeman..haha..kire dia nih kwn pompuan paling ngam la..bole bwak bergurau die ni lain skit dari gurl lain..klau gurl lain nak ajak begurau tggu ader mood la.cm dia x..dia sempo0i je..haha..ecececeh suke lah tuh aku puji...kan kan kan..kene bg aku upah aku dah puji ko tau cato..haha..sebenar nye aku pon x tau nak tulis ape pasal dia nih..tapi dia msj kat ym aku dia ckp x kan cita pasal mak ko je x nak cite ke pasal aku..haha..kira dia suro aku promote dia kat korang la..mana tau ader yang bekenan ke lh la beli kat pak jeman..kan kan cato..haha..wah cm ikan je nak jual2..ish2.mengamok lak anak cik borhan tu jap lagi.hikhik.cato ni dia la pompuan melayu paling sexy kat sudan..sexy kew??haha..memain je dia kire otai bg pompuan kat sane la..byak ahli tentera dia kat sane..salah sorang ahli tentera dia aku minat tapi tak kesampaiaan.waaa~..sedih la pulok!hahaha!
cato dia ader 8 org adik beradik,dia anak no 2 kire angah la..sama cm aku ngn sham..kan kan cato,angah gitu..cewah..hihi..aku knal dia dlm myspace mula2..time tu aku rembat dia dlm top friends sham..aku tgok cm sempoii je ape lagi aku add la..x der ckp banyak..haha.aku kan kaki rembat.dgn muka x bersalah nye aku add haha..asik baik dia approve klau x malu aku..xtau nak sorok muka aku yang comel ni kat mana..haha perasan nye aku!..lepas dia approve aku tu la aku tros ngam ngn dia..bkan setakat chating je wbcam pon slalu beb..perh comel gile dia..hahaha.wah cato lek lek jgn kembang sgat tau..kang koyak baju ko tu ssh plak hjh Misliah Sikun(umi)kau tu nak jahit..hahaha..ko dah la pemalas nak wat keje umah..kan kan baik ko ngaku sbelom aku rotan ko..hehe!!uermm ape lagi ek nak gosip pasal nenek tua nih?tah la aku dah mati akal dah memikir kan..tggu lah episode akan datang k..kite gosip pasal dia ngn ehem ehem dia!!msti korang nak tau kan sape ehem ehem dia..hahaha..!sape la jejaka tampan tuh?tampan kew?hahaha..!!kite tggu posting akan datang ye!jeng jeng jeng!!cak!!

waNitA Yg PalInG Ku SyG!


wanita ni la yang paling aku sayang..takder penganti lain selain dia..dia la cinta hatiku..bapak jgn mara ek..hehe..pinjam jap je lh kan..x kan bekira ngan anak..hikhik..nama wanita ni hajah zam-zam bt zainul abidin..dia adalah ibuku..aku sayang dia sgat2..dari aku kecik dia jaga aku sampai aku dewasa..yee yeh!aku dah besar..dah cukup umor dah..huhu..walau pon aku bayak wat dosa ngn dia,dia tetap sayang aku..tiap2 bulan dia masok kan duit tok aku blaja kat sini..walau pon kadang2 dia takde duit tapi dia cari jugak tok aku kat sini..nak mintak kat abah aku?ehmm ssh la..nak kene mengamok dulu baru bagi..kedekot taek idong masin..hahaha...xder la kadang2 je ayah aku bagi aku duit tapi yang selalu nye ibu aku la bagi..aku salut ngn ibu aku sbb dia x penah rase jemu mendidik aku dan adek beradek aku..dia la basuh pakaian aku,dia lah anta aku pegi belajar,dia lah yg masak tok aku dan macam-macam lagi la..terlampau byak pengorbanan dia terhadap aku..erm tapi aku je la yg slalu wat dosa kat dia..kadang2 aku rase sedih je bila ingat kan balik masa silam aku..aku penah maki dia aku penah amek duit die..macam-macam lagi sampai tak ingat terlampau banyak dosa aku kat dia..mase aku sekolah menengah aku ingat lagi aku selalu malu kan dia..bkan malu ape..dia selalu naik turun sekolah aku jumpa dengan pengetua aku yang mulot cerewet tuh..pasal kesalahan aku kat sekolah..kadang2 dia buat muka tebal je pegi jumpa..aku ni bodoh aku yang buat salah ibu aku kene jumpa..cikgu tu pon 1 nak jumpa ibu aku je bukan nak jumpa aku ke along aku ke adek aku ke ok la gak..ni nak jumpa mak aku je...kuang ajaq nye cikgu..hahaha..tu dulu la..tapi sekarang aku hormat dia..sbb dah nama pon ibu..tah la kadang2 aku terpikir gak sorang2 macam mana lah klau dia xda.?sedih o0o0w..tiada tempat mengadu lg bagi aku..semua masalah aku aku cita kat dia..xder orang lain..nak cita kat apak aku lg la x sempat nak bace bismilah dia dah belah..hahha..
bkan dia nak dgr pon..ibu aku jugak la jadi mangsa..masa aku kat malaysia dulu hari2 aku buat dia nages..banyak sagat masalah aku buat..akhir nye aku kena hantar kat sini..ibu aku suroh aku datang sini..mula-mula aku x nak tapi bile pikir2 balik dia slalu ikot cakap aku ape salah nye kali ni aku ikot lak cakap dia..tapi alhamdulilah la skunk kira aku dah berubah skit la..aku rase..xtau la korang rase macam mana..ke aku lg jahat ke.haha..bak kata upin ipin jahat2 ayam je..hikhik..
erm..!ibu kau lah ratu hati ku.tiada pengganti lain selain mu..ibu wan sayang ibu..

hArI PaLing SakiT haTi


korang nak tau sebab aku sakit hati?sbb nye time open house ni aku x der..waaa~~smpai ati cik senin x ajak aku.die tinggal kan aku kat mesir..perh panas hati gile aku..dah seminggu lebeh berlalu baru die bagi tau aku..smpai hati die..makan sedap-sedap lak tuh..die tak tau yang aku kat sini kebulur..yang die tersengih je..ish2 x patot x patot..dia takot la tuh nak ajak aku..sebab salah satu nye aku ni kuat makan..dia takot aku habiz kan sume kot..haha..tgok tangki la..huhu..ish2 jahat nye aku bapak sendiri mengumpat..wakakaka..sape yang bace nih jangan repot bapak aku lak..kang mampos aku kene baling pasu bunga dia..haha mau benjol pale aku nih..huhu..diam tau rahsia nih!biar pecah di hidong jgn pecah di mulot...klau pecah kat hidung lh kuar taek idong tuh..xder la kene korek..xpenat la jari korang...hahhaha...diam diam sudah!!

Aku suka tengok jari awek aku… Cantik betul… Sungguh! Sampai takut nak pegang… Bukan takut patah… Tapi takut nanti jari kami tak boleh tolong each other Di satu hari yang dasyat depan yang maha Esa… Aku suka tengok rambut dia… Cantik betol… Sungguh! dan sebab tu aku belikan dia tudung… Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak…. Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang dasat nanti Aku jugak suka tengok body dia… Cantik betol… Sungguh! dan sebab tu aku belikan dia telekong Supaya masa dia jumpa dengan Kekasih Yang Utama confirm dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. aku pun tumpang dapat pahala. Pheh beruntung tuh… Aku sedih tengok dia lesu Tak tido, tak makan rindu kat aku… aku pun macam tu jugak, dia tanya apa ubatnya? aku pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa… Semoga lebih cintakan Nya dari diri dia… hahha…smua kena tipu, aku xda awek pon… tapi tu la yg aku tringin nk buat...entah bile aku dkan dpat awek mcm nih..huh

Jumaat, 12 Jun 2009


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


jari


Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?