Isnin, 6 Disember 2010

Tolong Sampaikan Pada Si Dia :)

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya. Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa. Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa. Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga. Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupanya. Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya. Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya.

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa. Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta. Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya.

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya. Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia. Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku.

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga. Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya. Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa. Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.

Hanya engkau Ya Allah yang mengetahui siapa si dia. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa, memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya. Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti.

Ahad, 5 Disember 2010

heppy!!

yeahh!thanks angah sbb bwk jenjalan,klau angah x bawak semalam mmg smpai bile2 la aku x jumpa dia..
hehehe..akhirnye tercapai gak impian nak jumpa dgn dia.mula mula dup dap dup dap jugak jantung aku ni..
mcm nak tekuar dah jantung ni aku rasa..ye la aku ni kan pemalu sikit.hehe..
bile sampai je depan umah dia.tgok dia keluar ati aku dah x betul siap angah ckp wat relax je..
wat mcm kwn2 biasa.sepanjang jalan ke ma`atom aku diam je.x taw nak ckp pe.hanya mampu tergelak sbb yani wat lawak..
smpai dekat ma`atom aku nak je bual2 ngn dia..tapi aku segan.aku ddk je temenung..sbb angah msok kete..
akhirnya dia dtg bersembang ngn aku..segan gak aku mula2.x taw nak bual ape..ape la aku ni x gentle langsung.pompuan yg dtg..
haha..ape ape pon aku rase gembira sgt sbb dpt berjumpa and sembang ngn dia..setelah lama ku menunggu..^_^ (alhamdulilah)

Jumaat, 3 Disember 2010

Barry Manilow-Can't smile without you (lyrics)

You know I Can't Smile Without You,
I Can't Smile Without You,
I can't laugh
and I can't sing,
I'm findin' it hard to do anything.
You see, I feel sad when you're sad,
I feel glad when you're glad,
If You only knew what I'm go ing through,
I just Can't Smile Without You.
You came along just like a song
and brightened my day,
Who'd've believe that you were part of a dream
Now it all seems light years away.
And now you know I Can't Smile WIthout You,
I Can't Smile Without You,
I can't laugh and I can't sing,
I'm finding it hard to do anything.
You see, I feel sad when you're sad,
I feel glad when you're glad,
If you only knew what I"m going through,
I just can't smile.
Now some people sa y happiness takes so very long to find.
Well I'm finding it hard leaving your love behind me.
And you see,
I Can't Smile Without You,
I Can't Smile Without You,
I can't laugh
and I can't sing,
I'm findin' it hard to do anything.
Y ou see, I feel sad when you're sad,
I feel glad when you're glad,
If You only knew what I'm going through,
I just Can't Smile Without You

Khamis, 2 Disember 2010

saya tetap sayang awk

~saya tetap sayang awk~

Tapi..
tu semua dulu masa awk masih sayang saya,sebelom kita bergaduh,sebelom kita putus..
semua serba tak kena..maafkan saya awk..saya bukan terbaik untuk awk..
saya ada dengar awk dah kapel tapi dengan siapa awk??kawan saya??hati saya kecewa awk..
setiap hari saya sedih..awk tahu apa yang saya rasa??saya rasa seperti awk buang hati yang telah saya berikan pada awk..
kenapa awk??kenapa??saya sedih awk..tiap hari saya menangis awk..betul ke awk dah x sayang kan saya??tiap hari saya memikirkan awk,
merindukan awk..awk rasa tak??kenapa awk??saya selalu termimpikan awk??saya harap sangat semua mimpi tu benar..
tapi awk x kisah pon..sebab awk dah bahagia dengan si dia..xpa la awk..saya harap awk bahagia..kenapa awk??kenapa??
hati saya hanya untuk awk..awk pernah janji awk tak akan pernah jauh dari saya..tapi hakikatnya awk semakin hari semakin jauh dari saya..
xpe la awk..biar la saya sendirian..yang penting awk bahagia..hati saya x penting..awk jangan risau tau..
setiap hari saya menatap gambar yang pernah awk berikan pada saya..saya hanya tersenyum..dan terus air mata saya mengalir..kenapa awk buat saya macam ni??
maaf saya terpaksa tipu awk..maafkan saya awk..saya dah tak tahan..biarlah saya pergi..awk jangan nangis tau sebab saya x nak setitik pon air mata awk menitis sebab saya..
sebab saya dah janji pada diri saya x kan buat awk nangis lagi..saya pergi dulu awk..
harap awk bahagia..saya hanya mampu melihat kebahagian awk dan si dia..sebab saya jauh..jauh sangat..saya terkenangkan kenangan kita..awk ingat x??awk pernah ucap terima kasih sebab bahagiakan awk..
awk ingat lg??tapi sekarang saya tak mampu lagi..awk dah ada si dia..saya hanya menumpang kasih dari jauh..saya keseorangan..takda cinta..
takda kasih sayang..yang paling saya sedih takda awk..hanya awk yang selalu gembirakan hati saya..kenangan-kenangan kita buat saya nak menjerit..tapi tiada siapa yang mendengar..
`SAYA CINTA KAN AWK`..terima kasih awk kerana menceriakan hari hari saya dan pernah membuatkan saya bahagia disamping awk..maafkan saya awk..sebab saya bukan terbaik untuk awk..
saya tetp sayang awk..

Rabu, 1 Disember 2010

ketika mengalami kebosanan!


assalamualaikom.. tajuk entry aku kali ni ialah 5 aktiviti aku jika bosan.
kalau anda semua nak tahu silalah klik pada tajuk entry ini..hehe..

Antara aktiviti yang sering aku laku kan ketika bosan ialah:-

1.melepak bersama robot kesayangan..


i-main game..(poker 4 live)haha



ii-bukak facebook..



iii-baca surat kaba..



iv-usha goal..



2.main guitar..



hahaha..korg taw x code ape ni??aku klo main bende ni main tekan2 je..
xpandai aku nak ingat code2 die..klau korang nak join skali datang la sini..


3.main bola..




ni la wajah2 pasukan paling ganas.haha

4.pool!



5.Wat keje skola..



jgn tengok lelama tulisan comey ni..
kang jatuh cinta plk.hahahaha


itu saja aktiviti2 aku di mesir ni ketika bosan!..So apakah aktiviti bila kebosanan menghantuai diri anda???

Hargailah Insan Yang Mencintai Kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

3]Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

4] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

5] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

6] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

7] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

8] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

9] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

10] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

11] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

12] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

13] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, namun dekat di hati?’

14] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

15] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

16] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

17] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

18] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

19] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

20] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

21] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya!

Isnin, 29 November 2010

Takda Tajuk!

Hati ku mula rasa tenang selepas chating ngn si dia..
knp la asik ingt die slalu..yaALLAH.setahun lebih aku cuba melupakan dia..
tapi x blh.selama aku putus ngn dia 4 org dah aku cupel.tapi still aku x lh lupe kan dia.
silap aku jugak sbb tggl kan dia kerna pompuan lain.menyesal x sudah smpai skrg..
aku x taw nak wat mcm mana sekarang..btul kata syam`MUNGKIN DIA CINTA PERTAMA KAU!..
tapi tah la.syam byk nasihat aku suro lupa kan dia. sbb dia dah milik org lain.
tapi still x lh jgk.aku sedar aku hanya bertepuk sebelah tgn tapi aku x lh nak terima sume ni..
dalam hati aku cuma ade dia je.aku x lh nak menipu diri aku.
aku tau aku byk dah main perasaan pompuan lain sbb nak lupa kan dia.tapi still x lh..
yaALLAH..bantu la hamba mu yg kerdil ni.aku tahu hanya ENGKAU yang tahu dlm hati aku ni..
selama ni x pnh aku nak jiwang mcm ni..tapi tah la.mungkin dlm hidup ni mesti perlu jiwang2 mcm ni..
ni kalau kwn2 umah aku tahu ni mesti gelak sakan..haha.tapi normal la.aku x kisah..
sume ni kisah aku bukan dorg,iklas aku tulis.sume jujur dalam hati.!

Barcelona !


Seronok nye aku..tgok real madrid kene ayam2 ngn barcelona..
hahhaha...gile la kat kantin tadi yg sokong real bukan main ramai..
alih2 lepas barca sumbat 4 sume tuka sokong barca..
xmalu tol.aku dah pesan awal2 x nak dengar.kan dah kalah..
siap kene 5 bijik lg..klau 1-0 x pe jgk,ni smpai 5 malu weii..
siap ramos kene kad merah..x beragak nak main kasar.asik baik messi okeyh je..
tapi pape pon.mmg aku x nafi kan barca mmg hebat!!!X sia2 aku sokong selama ni..
cayok barca cayok!!!

Sabtu, 27 November 2010

KEGILAAN SHAM!!


2

3

4

5

SUMPAH!- aku rase nak sepak je sham time ni..gile la die.slumber gile die jait luka die.. bodo die wat mcm jahit baju je tangan die..yaALLAH kalau aku x der nye aku nak jait.. luka dia smpai tembus..kene gunting!!kalau korg korg nak tiru mcm ni x??????

BunTu!!!


Rasa takot nak balik malaysia tahun dpn..
bkn ape.klau aku balik aku kene jadi imam..
perh!sedang kan aku sendiri x pandai nak bimbing diri
sendiri alih2 nak jadi imam!aku rase x confident la
takot nak berhadapan dgn org org kampung ni..
bukan senang nak jadi pemimpin ni..diri sendiri kene
perbetulkan dulu..buntu skrang ni nak balik ke x nak??yaALLAH pening aku dibuatnye..!!ape yg perlu aku lakukan sekarang?kalau aku x balik tahun depan rugi la.dah lame x enjoy kat malaysia.hahaha..ni klo mak bapak aku taw aku balik sbb nak enjoy mampos
aku kene belasah.haha.mula mula aku ingat nak balik nak dekat2 nak raya kompem aku x kene jadi imam.tapi blom sempat aku nak ckp ngn bapak aku
die dah bg ta
w`KO JANGAN NAK MENGADA!KALAU KO X BALIK SEBELOM PUASA KO JANGAN BALIK!hahaha.amek ko` CIK SENIN MARA!!`die mcm dapat tahu je aku x nak jadi imam!!aku x taw nak wat ape sekarang.xkan aku nak balik senyap2?kompem x sonok.dah la aku rindu masakan mak aku..(Masak lomak cili padi)perh!!sodap tu!!
nak x nak kene balik jugak jadi imam le..dah la bapak aku dah buat kan surau untuk aku.
tekejut aku bile die bagi aku gamba surau ni.die ckp surau tu mmg die buat untuk aku.
Die nak aku jadi imam kat kawasan umah aku.!buntu!!mcm mana aku nak wat sekarang..waaaaaa!

-MooD-

kenapakah sejak bbrp ari keblkgan ini..sumenye trase agak hmbr? agk dingin? prasaan aku agk kelam kabut..agk kosong..cm x de pape je dlm 2..kenapakah?? agak bingung skg ni..disebabkn prasaan ni..aku rse mls nk buat pape..mls nk pk pape..mls sumenye..trase boring sgt2 dgn keadaan skg..n bnde ni pngaruhi jgk keadaan kami..haih!! wat shud i do?? ikhwan..sile blk pd keadaan normal..bolehkah anda??

MATROUH & SIWA















NUWEIBA BEACH

















ALEXANDRIA










Jumaat, 26 November 2010

ANDAINYA PEREMPUAN TAHU…SEBENARNYA…

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan…

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham Kenapa perempuan bersikap begitu begini... kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..

15. Bila lelaki tertengok wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

16. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

17. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir daripada perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimana sekali pun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga insan biasa dan mempunyai kelemahan!


Doa buat ayah bonda tercinta

Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.


Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti.

Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Englau melarang menyebut walaupun perkataan "huh" kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.

Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjaya kini,
keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah
mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu yang amat
pedih itu ya Allah

Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.
Maha Suci Allah Yang Maha Besar

Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.


Kubu Salahuddin Al Ayubi



Kubu Salahuddin Al Ayubi terletak di atas Bukit Muqatham. Idea pembinaan kubu ini dicetuskan oleh Sultan Nasir Salahuddin Al Ayubi. Beliau merasakan bahawa Kota Kaherah yang begitu luas dan besar amat terdedah kepada bahaya kerana tiada mempunyai sistem pertahanan kubu yang ampuh sebagaimana di Halab dan Damsyik di Syria. Justeru itu, beliau telah memerintahkan menterinya Agha Karakush untuk membina kubu ini.
Pembinaannya telah dirasmikan oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi pada tahun 572 Hijrah bersamaan 1176 Masihi. Ia dibina sebagai mana kubu-kubu yang terdapat di Kota Syria. Sebahagian dari batu-batanya telah diangkut dari Piramid Gizza. Menurut Ibnu Jubair, sejarahwan Andalus yang berkunjung ke Kaherah pada tahun 1183,banyak tawanan tentera salib hingga jumlahnya tidak terhitung telah dikerahkan oleh Agha Karakush untuk menyiapkannya.
Kubu ini selesai pembinaannya pada zaman pemerintahan Malik Al Kamil pada tahun 1207 Masihi. Ia kemudian sentiasa dibaiki dan ditambah oleh pemerintah-pemerintah Mamalik dan Muhammad Ali. Walaupun tujuan asal pembinaannya ialah untuk mempertahankan Kaherah, kubu ini lebih berfungsi sebagai menabalkan raja-raja Mesir dan pusat pemerintahan mereka sehinggalah Khidwi Ismail berpindah ke kediaman rasmi baru di Qasr Abidin.
Kubu ini adalah simbol kewibaan dan karismatik Salahuddin Al Ayubi yang merupakan pemimpin yang berpandangan jauh dan mendahului zamannya. Meskipun beliau hanya tinggal di Mesir selama 8 tahun, iaitu satu masa yang amat singkat bagi pemerintahannya selama 24 tahun di Syria dan Mesir, namun beliau telah meninggalkan satu binaan bersejarah yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemerintah Mesir sebelum dan selepas beliau.

TenTang CinTa

CINTA!!!

Sekiranya kamu dapat menyintai seseorang yang tidak membalas cinta mu,
jangan lah merasa tersisih dan sedih.Tiada salahnyan menyintai seseorang kerana
cinta tidak memilih untuk singgah dihati seseorang..

Sekiranya kamu mencintai oleh seseorang yg tidak kamu cintai,aggaplah ia satu
penghormatan buat dirimu,tetapi selitkan lah penghormatan itu dengan cara yang iklas dan jujur-
Jangan la ambil kesempatan dan jangan lah melukakanya.

Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu..setiap hati dan perasaan mengalami
kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekali pun cara kita
mengendalikannya berbeza..

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang menyintai diri kita dan tiba tiba cinta
memilih untuk pergi,tiada siapa yang harus dipersalahkan,relakanlah cinta itu pergi,
kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.dan kita akan menyedari apabila
masa silih berganti..

Ingat lah bahawa jangan terlalu memilih cinta,kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk
untuk singah dihati sesiapa.kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri
didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.Nikmatinya. sebagai ia membuat hidup mu bahagia dan
bebaskan ia.Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri.Bersyukur kerana ianya pernah singah di hati
kamu walau pon seketika..

~saya sayang awak~

haish!!

haaaaaaachum!! haih! dtg blog ni trus bersin! 2 tndanye blog ni dh berhabuk! huk! dh lame gile x lawat n x update blog ni..maapkan aku cikblog! aku bz yg paling teramat sgt bru2 ni! hambik ko! sume dh kuor nk tnjuk bizinye aku! ahaha..btw...arini aku decide nk cuci skit blog ni..*tulis n3 la mksudnye*...tulis ringkasan pd ape yg jd lately ni pd aku..nk tls pnuh2..dh ilang ingatan skit2..n tajuk n3 aku kali ni BERCUTI DI MESIR!